Saturday 26 November 2011

DUNIA SAINS TAHUN 1

Mata pelajaran : Dunia Sains
Kelas : 1M
Tarikh : 12.04.2011
Masa : 10.25am-10.55am
Bil. Murid : 39 orang
Bidang pelajaran : Benda hidup dan benda bukan hidup
Objektif Pembelajaran : Memahami ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini , murid dapat
 A ) Menguasai isi kandungan
- Menjelaskan dengan contoh benda hidup dan benda bukan 
  hidup.
                                   B ) Membina kemahiran saintifik,berfikir dan stategi berfikir 
                                        -Membandingkan benda hidup dan benda bukan hidup.
                                   C ) Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                        -Mengelaskan benda-benda maujud kepada benda hidup dan
                                         benda bukan hidup.
                                        -Memupuk sikap menyayangi haiwan-haiwan kecil.

Konsep / Prinsip / Hukum / Teori       
Benda hidup :
A ) bernafas
B ) bergerak
C ) membiak
D ) mengalami proses tumbesaran

Bahan peralatan dan bahan sumber
A ) gambar
B ) kit haiwan
C ) slaid
D ) benda maujud ( kura-kura dan kereta mainan )

Pengetahuan sedia ada
-Mengetahui benda di sekeliling

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti P&P
Nota
Permulaan
( mengcungkil idea )
( 5 min )
Membawa murid ke luar bilik darjah dan membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada.

1. Guru membawa murid  
    mengelilingi kawasan sekolah.
2.Murid menamakan benda-
   benda yang dinampak di 
   kawasan sekolah.
Strategi/ teknik penyoalan
Langkah 1
( 5 min )
1.Menunjukkan  
   benda     maujud.
2.Mempaparkan  
    slaid.
3.Pengenalan ciri-
   ciri  benda hidup       
   dan   benda bukan
   hidup.

1.Guru menunjukkan benda 
maujud(kura-kura dan kereta  
mainan) kepada murid.
2.Guru membimbing murid-
   murid menyatakan ciri-ciri        
   benda maujud.
3.Murid-murid diminta 
   membandingkan perbezaan 
   antara kedua-dua benda 
   maujud tersebut.
4.Pembetulan / pengelasan
  semula selepas perbincangan.

Slaid
Langkah  2
( 10 min )
1.Aktiviti kumpulan
2.Pembentangan
1.Guru memperkenalkan ciri- 
   ciri benda hidup dan bukan 
   hidup dengan menggunakan 
   slaid.
2.Guru membekalkan sampul  
   yang mengandungi gambar 
   kepada kumpulan murid.
3.Murid mengelaskan gambar-
   gambar mengikut benda-benda 
   hidup dan benda-benda bukan      
   hidup.
4.Pembentangan hasil kumpulan.

Sampul surat gambar
Aplikasi idea
( 5 min)

1.Pemberian contoh:
   Lembu membiak .
   Ayam bertelur.
1.Guru menunjukkan slaid 
   gambar haiwan.
2.Guru membimbing murid 
    menyatakan haiwan membiak.
Slaid
Penutup
( 5 min )
Lembaran kerja
1.Murid-murid diminta 
   mengulang ciri-ciri benda-benda  
   hidup dan benda-benda bukan  
   hidup.
2.Murid-murid menyiapkan
   lembaran kerja.
Lembaran  kerja



           

No comments:

Post a Comment